Kolej & Tadika Islam Akademi Tahfiz Al-Quran Wal-Hadis,Kemasukan Sesi 2015/2016 ( 5 january 2015 )11/3/2014
2 Comments
PROGRAM QURBAN DAN AQIQAH 2014M / 1435H ANJURAN AKADEMI TAHFIZ AL-QURAN WAL HADITH PROGRAM QURBAN UNTUK SAUDARA BARU-FAKIR MISKIN DI PERKAMPUNGAN-PERKAMPNGAN SAUDARA BARU TERPILIH DI SABAH DAN SARAWAK. Ibadah Qurban dan kelebihan perlaksanaannya Apakah yang dimaksudkan dengan ibadah qurban? Makna qurban atau disebut al-udhiyyah ialah binatang yang disembelih pada waktu Dhuha. Manakala penegertian dari segi hukum syara’ ialah binatang ternakan seperti kambing,lembu atau kerbau yang disembelih pada Hari Raya Adha atau pada hari-hari Tasyrik ( 11,12 dan 13 Zulhijjah ) dengan niat untuk menghampirkan diri kepada Al’Lah s.w.t. Sekiranya kalau kita meneliti maksud qurban yang sebenar yang dikehendaki oleh Islam iaitu “Mendekatkan diri kepada Al’Lah s.w.t”, maka seharusnya kita insaf bahawa ianya suatu tuntutan untuk diri kita sendiri. Ianya merupakan suatu ukuran ketaqwaan terhadap hamba-hambaNya. Tidak boleh sesekali kita berqurban kerana atau untuk seseorang, atau sesuatu yang selain daripada Al’Lah s.w.t, sebagaimana kita tidak dibenarkan mengerjakan solat untuk seseorang. Al’Lah berfirman : ‘Maka bersolatlah kamu untuk Tuhanmu dan bersembelihlah (berqurban untuk Tuhanmu)’(Al-Kausar : 2 ) Jelas di sini, Al’Lah s.w.t meletakkan ibadah qurban itu bersebelahan dengan perintah solat, agar difahamai dalam makna yang betul. Jadi, tanggapan pada hari ini bahawa qurban itu bertujuan untuk memberi makanan pada orang msiskin, satu konsep yang silap. Konsep ini menyebabkan hilangnya kesuburan dalam melaksanakan ibadat qurban khususnya dalam suasana masyarakat yang mewah kerana keperluan manusia untuk menerima daging qurban itu bukan sesuatu yang terdesak. Insya Allah, Hal ini akan lebih difahami apabila kita melihat fadhilat berqurban. dan kita dapat melihat betapa pentingnya ibadah ini perlu dilaksanakan. Ianya lebih diperlukan kepada sipelaksana daripada sipenerima. Bagaimana dan bilakah hendak melaksanakannya? Pelaksanaan ibadah qurban boleh di lakukan dengan menyembelih sendiri haiwan ternakan atau mewakilkannya kepada pihak lain. Waktu bagi melakukan ibadah ini hanya pada hari yang di khususkan oleh syara’ iaitu pada mana-mana diantara 10, 11, 12, dan 13 Zulhijjah setiap tahun. Apakah hukum melaksanakan ibadah qurban? Hukum melaksanakan ibadah qurban adalah sunat muakkad. Ini bermakan ia adalah ibadah sunat yang sangat-sangat di tuntut oleh Islam keatas umatnya untuk di lakukan jika berkemampuan. Apakah kelebihan melaksanakan ibadah qurban? Antara fadilat dan kelebihan berqurban itu ialah: 1. Keampunan.-Titisan darah qurban yang pertama adalah merupakan pengampunan bagi dosa-dosa yang telah lalu iaitu sebagai penebus dosa yang telah dilakukan. ‘Imran bin Hushain radhiallahu ‘anhushallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada Sayyidatuna Fatimah radhiallahu ‘anha: meriwayatkan bahawa Rasulullah Maksudnya: “Wahai Fatimah! Pergilah ke tempat (penyembelihan) qurbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu adalah merupakan pengampunan bagimu di atas dosa-dosamu yang telah lalu.” (Hadis riwayat al-Hakim) 2. Kebajikan (hasanah) yang dikurniakan kepada orang yang berqurban adalah sebanyak bulu binatang yang diqurbankan. Zaid bin Arqam radhiallahu ‘anhu meriwayatkan: Maksudnya: “Para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah yang ada pada qurban itu?” Rasulullah menjawab: “Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim” Mereka berkata: “Apa yang akan kami perolehi darinya wahai Rasulullah?”Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai rambut satu kebajikan” Mereka berkata: “Bagaimana pula dengan bulu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai bulu satu kebajikan.” (Hadis riwayat Ibnu Majah) Pengertian kebajikan (hasanah) mempunyai maksud yang berbeza-beza di kalangan para ulama ahli tafsir. Hasanah adalah satu perkataan yang mempunyai maksud yang subjektif. Banyak penjelasan daripada mereka tentang tafsiran kalimah ‘hasanah’. Antaranya: Ibnu Katsir rahimahullah berkata: “Kebajikan atau kebaikan (hasanah) di dunia itu meliputi semua yang bersifat keduniaan seperti sihat, selamat, tempat tinggal yang luas, isteri yang baik, rezeki yang banyak dan sebagainya. Manakala hasanah di akhirat pula, yang paling tinggi ialah masuk syurga dan selanjutnya semua kebahagiaan yang menjadi pelengkap kehidupan dalam syurga itu.” Menurut al-Qadhi al-‘Iyadh rahimahullah, maksud hasanah itu ialah ni‘mat iaitu sama ada ni‘mat dari segi limpahan kurnia di dunia atau limpahan kurnia di akhirat atau ni‘mat terpelihara dari siksaan. Manakala menurut Imam al-Qurthubi rahimahullah, maksud hasanah ialah iman. Sebagai contoh, barangsiapa yang mengucapkan syahadah, maka baginya setiap amalan kebaikan yang dilakukannya di dunia ini akan digandakan dengan sepuluh ganda dari segi pahalanya. Abu Dzarr radhiallahu ‘anhushallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: meriwayatkan bahawa Rasulullah Maksudnya: “Allah ‘azz wa jall berfirman: “Sesiapa yang datang (melakukan) satu kebajikan, maka baginya sepuluh ganda pahala sepertinya dan Aku (Allah) akan menambahnya lagi.” (Hadis riwayat Muslim) 3. Darah qurban yang tumpah ke bumi akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah subhanahu wa ta‘ala. ‘A’isyah radhiallahu ‘anha meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Qurban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang qurban). Sesungguhnya binatang qurban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah qurban itu sebelum darah binatang qurban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah qurban kamu.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi) Dalam kesemua fadilat yang telah sebutkan, tak ada cerita nak bagi orang makan. Semuanya dapat pada pelaksana. Oleh yang demikian, peluang melakukan ibadat qurban yang hanya datang beberapa hari dalam setahun di bulan Zulhijjah tidak wajar diabaikan dan dilepaskan peluang yang tidak ternilai itu begitu saja. Walaupun berqurban itu hukumnya hanyalah sunat sahaja iaitu sesiapa yang melakukannya mendapat pahala dan sesiapa yang meninggalkannya tidak berdosa, namun demikian kita hendaklah melihat perkara sunat itu dari perspektif yang berbeza bahawa sesiapa yang meninggalkannya “Alangkah ruginya!”. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang berkemampuan yang mana menurut Imam asy-Syafi‘e: Tidak ada kelonggaran untuk meninggalkan (ibadat qurban) bagi orang yang mempunyai kemampuan. Jika ditinggalkan juga, maka hukumnya adalah makruh. Apakah binatang-binatang ternakan yang dibenarkan untuk pelaksanaan ibadah qurban dan aqiqah? Binatang-binatang ternakan yang di benarkan untuk pelaksaan qurban dan aqiqah ialah seperti unta, lembu, kambing, kerbau, kibas dan yang seumpama dengannya. Berapa bilangan (ekor/bahagian) haiwan ibadah qurban yang di galakkan? Bagi setiap seekor lembu, unta atau kerbau itu boleh dibahagi kepada 7 bahagian. Bahgian paling sedikit yang harus dalakukan oleh seseorang itu adalah satu bahagian dan tiada batasan untuk bilangan paling banyak. Seseorang muslim itu boleh melaksanakan ibadah qurban ini sebanyak mungkin mengikut kemampuannya. Adapun bagi kambing pula, bagi seekor kambing tidak boleh dibahagi mengikut bahagian seperti lembu. Maka bagi setiap kambing itu adalah untuk seorang muslim sahaja. Sumber diperoleh dari www.ezqurban.org Sejak usia tujuh tahun lagi, Yohanus sudah dihantar keluarganya untuk bersekolah di gereja bagi melatih dirinya menjadi mubaligh. “Keluarga saya memang berpegang pada ajaran Kristian yang kuat. Tidak hairanlah, bapa saya ketua gereja Kota Belud (Sabah) pada masa itu,” katanya yang kini dikenali sebagai Ustaz Mohd Farhan Abdullah al-Hafiz. Dalam usia remaja, mubaligh Yohanus berjaya memurtadkan, lebih 200 orang Islam. Lantaran itu, dia dinaikkan pangkat hingga bergelar pastor. Ini amat menggembirakan keluarga, terutama bapanya yang menaruh harapan mahu Yohanus menggantikan tempatnya atau mendaki kedudukan lebih tinggi. “Saya dihantar ke sekolah Kristian di Namous termasuk mendalami kitab Bible di Pusat Gerakan Penginjilan Sidang Injil Borneo (SIB) untuk meningkatkan lagi keupayaan menarik orang mendekati Kristian terutama memurtadkan orang Islam,” katanya. ‘Kejayaan’ dikecapi selain sokongan keluarga membuatkan Pastor Yohanus lebih bersemangat menjalankan tanggungjawab agamanya. Bagaimanapun, kehendak ALLAH ternyata mengatasi segalanya. Atas beberapa insiden, hati Yohanus tiba-tiba berubah menjadi tertarik kepada Islam, satu agama dan umat yang paling dimusuhinya sejak kecil. “Meskipun saya sering bercerita yang baik dan menarik mengenai Kristian, namun dalam hati saya, tiada siapa yang tahu apa yang saya sendiri rasakan,” katanya. Farhan berkata, jauh di lubuk hatinya, dia sering diburu perasaan ada sesuatu yang tidak kena dalam hidupnya, terutama tentang apa yang dibuatnya selama ini. “Kepercayaan saya (waktu itu) sering berperang dengan hati sendiri,” katanya. Namun segala-galanya berubah, sebaik sahaja dia mengucap dua kalimah syahadah pada 1990. “Segala keraguan dan keluh-kesah itu pergi dengan tiba-tiba. Hingga sekarang, saya berasa amat tenang bersama Islam, sesuatu yang saya tidak pernah rasai dulu,” ujarnya sambil tersenyum. Farhan berkata, meskipun sudah jadi Islam, dia tidak puas mendalami agama suci ini. “Semakin hari, saya melihat Islam itu indah, sehinggakan saya nekad mendalami Islam dengan menuntut di Institut Dakwah Islamiyah Perkim di Petaling Jaya dan melanjutkan pelajaran ke Mesir sehingga mendapat ijazah dalam pengajian al-Quran dan Qiraat Shubra Al-Azhar,” katanya. Setelah 20 tahun memeluk Islam, Farhan telah mengislamkan lebih 4,000 orang Kristian. Menurutnya, itu adalah usahanya bagi menebus apa dilakukan sebelum ini dan berusaha menarik lebih ramai orang untuk mencintai Islam. “Walaupun sudah masuk Islam, saya masih lagi mengkaji pergerakan mubaligh Kristian dan melihat perkembangan kitab yang digunakan Kristian. “Sebagai contoh, banyak gereja hari ini, menyalahgunakan kebebasan beragama, Bible dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris semakin banyak diedarkan. Penyebaran agama dilakukan dengan semakin terbuka apabila kebanyakan hotel di negara ini menyediakan kitab Bible di setiap bilik,” katanya. Mohd Farhan berkata, penguatkuasaan oleh pihak berkuasa dalam membendung usaha penyebaran agama lain, terhadap orang Islam masih belum menyeluruh kerana setelah kerajaan membenarkan lebih 35,000 al-Kitab (Bible dalam bahasa Melayu) dibawa masuk ke Malaysia penghujung tahun lalu, kebanyakan penyebar agama Kristian menggunakan kesempatan itu dengan sewenang- wenangnya mencetak dan membawa masuk lebih banyak lagi al-Kitab. “Terdapat al-Kitab yang ada tidak ditulis ‘hanya untuk penganut Kristian’, malah setiap naskhah yang diedar tidak mempunyai kod atau cop yang mengesahkan kemasukannya. “Perkara itu berbeza di negara Islam lain, al-Kitab yang dibawa masuk mempunyai kod tersendiri dan dengan jelas dimaklumkan hanya untuk penganut Kristian,” katanya. “Bagi mengekang penyebaran itu secara lebih berleluasa, pihak kerajaan perlu tegas dalam perkara itu,” katanya. SH |
INFO TAHFIZ
All
Link berkaitanSuara Mualaf Sabah Program dakwah bergerak & silaturahim saudara muslim 1.Pengalaman Dakwah Di Sabah Posting terbaru
July 2015
Sampaikan salam |